Sunday, May 27, 2012

Umar Al-Khattab: Dari Zalim Kepada Alim

Umar lahir di Kota Mekah yang merupakan sebuah kota tumpuan bagi pedagang-pedagang. Beliau berasal daripada golongan kelas pertengahan. Walaupun pada ketika itu masyarakat Arab berada di dalam zaman kegelapan, namun Umar merupakan seorang yang berilmu pengetahuan. Dalam usia beliau yang masih dalam sekitar 20-an, Umar telah terkenal sebagai seorang pahlawan yang gagah berani.

Sebelum beliau memeluk Islam, beliau pernah menanam anak perempuannya secara hidup-hidup kerana budaya masyarakat Arab ketika itu tidak senang dengan kelahiran anak perempuan. Ketika Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan ajaran Islam sekitar Mekah, Umar adalah penentang yang paling kuat. Beliau bermati-matian mempertahankan ajaran turun-temurun kaum Quraisy.

Apabila beliau mengetahui adiknya sendiri telah memeluk Islam, beliau dengan segera pergu ke rumah adiknya bersama pedang yang terhunus. Pada hari tersebut telah ditakdirkan bahawa Umar yang gagah dapat dilembutkan dengan alunan beberapa potong ayat dari Al-Quran, lantas beliau menjadi pendokong Islam yang paling kuat. Sepanjang perjuangannya bersama Nabi Muhammad s.a.w, beliau terkenal sebagai seorang yang tegas dari segi pematuhan hukum-hukum Islam.

Apabila Umar dilantik menjadi khalifah Islam yang kedua, beliau berjaya memperluaskan empayar Islam dan mengatasi kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi. Sebagai ketua pemerintah sebuah empayar yang besar, Umar masih dengan cara hidupnya yang sederhana. Pernah pada suatu ketika seorang kafir datang untuk mengadap Umar dan berasa amat terkejut apabila mengetahui bahawa Khalifah kepada sebuah empayar yang begitu besar hanya tinggal di dalam sebuah rumah yang amat sederhana.

Selaku Khalifah, Umar tidak pernah mengambil wang sara hidup yang berlebihan daripada Baitulmal dan hanya mengambil sekadar keperluan minimanya sahaja. Walaupun ada di kalangan sahabat yang mengatakan bahawa sebagai pemimpin yang bekerja keras untuk negara, beliau layak menerima lebih, namun beliau tidak pernah melihat kedudukan beliau sebagai satu kelebihan tetapi hanya sebagai satu amanah.

Sepanjang hayatnya setelah bergelar seorang Muslim, Umar terkenal sebagai seorang yang warak dan adil. Pernah pada satu ketika apabila beliau sedang mengagihkan wang Baitulmal, anak beliau yang masih kecil telah mengambil wang satu dirham daripada wang Baitulmal tersebut. Namun, Umar bertindak mengejar dan mengambil kembali satu dirham tersebut daripada anaknya kerana beliau tidak mahu keluarganya mengambil apa yang bukan hak mereka.

Begitulah karakter seorang pemimpin besar Islam. Daripada seorang yang sanggup membunuh kerana malu, beliau menjadi seorang tokoh yang bertaqwa. Proses transformasi Umar bermula dari dalam jiwanya sebaik sahaja beliau menghayati bait-bait kata dari Al-Quran. Tingkat ketaqwaan Umar semakin tinggi kerana beliau menghayati setiap suruhan yang datang dari Allah dan Rasul-Nya. Maka tentulah isi ajaran Islam itu adalah rahsia yang membentuk keperibadian Umar. Islam adalah satu cara hidup yang mempunyai pakej lengkap!

Muhammad Dr. Sa'id Ramadan Al-Buti dalam bukunya Fiqh Al-Sirah, mencatat bahawa Islam telah berjaya mengeluarkan masyarakat Arab Jahiliyah daripada car hidup yang hina menjadi sebuah masyarakat yang bermaruah. Para cendikiawan menyifatkan dakwah Rasulullah s.a.w di Semenanjung Arab sebagai "23 tahun yang ajaib dalam peradaban manusia"

Friday, May 25, 2012

Isteri Makin Lama Tak Menarik - Ustaz Azhar Idrus

Thursday, May 24, 2012

Kisah Dalam Bulan Rejab

Di Baitulmuqadis ada seorang perempuan tua yang sangat rajin beribadat. Apabila tiba bulan rejab dia akan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 12 kali setiap hari sebagai memberi penghormatan kepada keistimewaaannya bulan tersebut. Di bulan ini juga dia meninggalkan segala pakaiannya yang mewah-mewah dan menggantikan dengan pakaian biasa.


Perempuan ini juga mempunyai seorang anak lelaki. Inilah sahaja anaknya yang masih ada. Anaknya yang lain telah pergi merantau jauh ke negeri orang. Segala kerja-kerja di rumah dan menjaga perempuan ini dilakukan oleh anak lelakinya sendiri. Itulah sebabnya perempuan itu sangat sayang pada anaknya itu.

Setelah beberapa lama dia beribadah, tiba-tiba pada suatu hari dia telah jatuh sakit. Penyakitnya itu sangat sukar untuk diubati. Kebetulan pada waktu itu tepat pada bulan Rejab. Oleh kerana terasa dirinya sudah hampir nazak dia telah berwasiat kepadda anaknya.

"Anakku sekiranya aku mati nanti, kapankanlah mayat aku dengan kain biasa yang murah harganya."

Setelah sekian lama dia sakit, akhirnya dia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setelah meninggal dunia, anak lelakinya menguruskan pengkebumian ibunya itu. Oleh kerana tidak mahu menjatuhkan maruah keluarga dia sengaja lupa kepada pesanan ibunya tempoh hari. Kemudian mayat ibunya pun dikapankanlah dengan kain yang mahal.

Setelah dikebumikan, anak lelakinya terus pulang kerumahnya.


Pada malam itu, dia telah bermimpi bertemu dengan ibunya. Ibunya berkata kepadanya dalam mimpi itu: "Anakku! mengapa kau tidak melaksanakan segala wasiat ku dulu? Aku tidak rela diriku dikapankan dengan pakaian yang mahal ini. Adakah kau masih mahu mendapat pujian orang?"

Habis saja ibunya berkata, dia terkejut dari mimpinya dan berasa ketakutan. Dia juga sangat menyesal kerana tidak membuat sepertimana wasiat ibunya dulu.

Keesokan harinya selepas sembahyang subuh dia bergegas ke kubur ibunya. Kubur itu masih merah tanahnya. Dengan menggunakan cangkul dia menggali kubur itu untuk menukarkan kain kapan ibunya dengan kain biasa yang murah harganya. Namun sedalam manapun dia menggali dia masih tidak dapat menjumpai mayat ibunya.

Akhirnya dia pulang kerumah dengan perasaan hampa. Segala peralatan yang mahu digunankan untuk mengkapankan ibunya dibawa pulang. Malam itu dia tidur, dia telah bermimpi mendengar suara yang berkata: "Orang muda! Tahukah engkau bahawa sesiapa yang mengagungkan bulan Rejab maka Allah tidak akan membiarkan dirinya bersendirian di dalam kubur."

Setelah tersedar dari mimpinya dia berasa sangat hairan. Walaupun begitu dia sangat gembira sekarang keran ibunya sudah mendapat perhatian dari Allah S.W.T kerana ibadahnya yang ikhlas di bulan Rejab. Dia pula sangat menyesal kerana persanan ibunya dulu tidak dapat dilaksanakan. Mudah-mudahan ibunya berbahagia disana, doanya didalam hati.

Selain dari puasa dalam bulan Rejab, puasa pada 10 hari permulaan Dzulhijjah juga ada kelebihannya. Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa: Tiada hari yang lebih besar disisi Allah S.W.T dan lebih disukai untuk orang beramal dalamnya melebihi dari 1-10 Dzulhijjah. Oleh itu perbanyakkanlah olehmu bertakbir, tahmid dan tahlil.

Mujahid dari Umar r.a

Tuesday, May 22, 2012

Salam Rejab | Kesahihan Kelebihan Bulan Rejab?

Assalamualakum buat semua pembaca dan juga kepada semua Warga UniKL, apa khabar semua? Apa yang pasti sudah ada yang bermulanya cuti semester mereka, apa-apa pun semoga dimanfaatkan dengan sebaiknya cuti anda semua. Kali ini kami ingin ucapkan SALAM REJAB buat semua yang beragama Islam.


Rejab bulan menabur benih
Sya'aban bulan menyiram tanaman
Ramadhan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya'aban menyucikan hati
Ramadhan menyuci rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'aban bulan syafaat
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'aban bulan muhibbah
Ramadhan dilimpahi pahala amalan, amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'aban diganda 700 pahala
Ramadhan diganda 1000 pahala

Bulan Rejab satu bulan dari bulan-bulan Haram


Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan "Haram" di dalam Islam. Dalilnya terdapat dalam Firman Allah S.W.T didalam surah at-Taubah ayat 9:

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan disisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa?"

Menuru tafsir Jalalain , yang dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yang dihormati" ialah Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

Allah S.W.T telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yang disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang di dalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut.

Apakah terdapat kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Disini dinyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.


Sheikh Atiyah Al-Saqr
    • Kebanyakan fadilat Rejab terkandung didalam Hadi yang sangat lemah dan palsu
    • Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yang sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yang didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya: Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yang qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad S.A.W dan banyak hadis-hadis timbul mengenao fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu' dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."  Menurut Al-Saqr lagi bahawa:  "Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"
    • Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain. 
      Fadilat Rejab secara umumnya berada di dalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah di dalam surah Taubah: 36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', di dalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yang tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.
    • Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya. Berkata Al-Saqr lagi bahawa: "Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yang Sahih atau Hasan'. "
    • Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:
      • "Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.
      • "Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yang berpuasa di dalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yang berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yang berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dha'if.
    • Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan :
      • "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu.
    • Tidak ada solat khas didalam Rejab. Daripada Hadis yang tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat
      • "Barangsiapa yang solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalah hadis Mawdhu'
    • Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:
      • Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yang berlaku di bulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.
      • "Ini adalah manusia yang prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yang besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yang berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mengingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yang Maha Mengetahui."
Dr Yusuf Al-Qardawi
  • Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yang lain
  • Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yang terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yang lain. Katanya:
    • "Tidaklah ada kesahihan di dalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah S.W.T telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yang mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."
  • Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu. Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yang sangat Lemah tarafnya:
    • "Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yang mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis ini mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Di situ ada hadis yang mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yang bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yang meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan perkara yang berlebih-lebihan...."
  • Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya. Pada beliau ganjaran-ganjaran yang dinyatakan di dalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yang berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yang amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya: 
    • "Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yang besar diatas perkara yang biasa, atau ugutan kepada azab yang pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yang bohong."
  • Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yang Palsu. Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yang diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yang boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yang banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :
    • "Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya...sesungguhnya telah datang hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat Muslim di dalam muqadimahnya yang Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka disana ada Kitab Hadis yang Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb.........."
Ibnu Hajar Al-Asqalani
  • Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:
    • "Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yang melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yang berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yang bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yang dia berpuasa, atau pada malam tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yang dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yang baik atas apa yang diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :"Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail". - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yang dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:
      • Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.
      • Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yang kekal.
      • Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yang lainnya
    • Kalau dengan itu apa yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W: berkata Ibnu Dihya : "Puasa adalah amalan kebajikan" Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yang dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."
Dr. Sayid Saabiq
  • Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :
    • "Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yang berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yang haram".
    • Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yang sama. Pendapat juga disokong oleh mazhab Hanbali yang mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh.
Bagaimana beramal didalam bulan ini?

  • Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi di dalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yang afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :
    • "Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah S.A.W katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah S.A.W berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah S.W.T keatas satu kaum dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yang lain"
    • Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.

  • Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab:
    • "Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yang khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah."
    • Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yang baik, begitu juga dengan Sya'ban dimana Nabi S.A.W berpuasa dengannya"
  • Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yang terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat di dalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily
    • "Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa di bulan Haram, pada mereka itulah puasa yang afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah S.A.W : "((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seadal puada dibulan haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."
  • Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram katanya:
    • "Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan Hanbali.........Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh."
  • Panelist fatwa Islam Online, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa di dalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab:
    • "Berpuasa di dalam bulan adalah maqbul dan mustahab keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah S.A.W bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yang kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yang ke 8 dari Syawal....Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yang ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikut Nabi S.A.W dimana tidak berpuasa sepenuhnya di dalam Rejab dan tidak berpuasa sepenuhnya di dalam Sya'ban. Dan ini adalah yang lebih utama. Wa Billahi Tawfiq."
    • Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidaklah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf.

Kesimpulan :

  1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
  2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)
  3. Tidak ada fadilat KHAS yang ditujukan pada bulan Rejab, yang ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)
  4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
  5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)
  6. Kaedah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
    • hari yang ke 9,10,11 di dalam bulan Muharam (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
    • berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah - Al-Zuhaily)
    • berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
    • berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).
  7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)
  8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yang Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)
  9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.
  10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).
Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah S.W.T, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yang kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yang sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yang lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah S.A.W sebagaimana firman Allah S.W.T didalam surah Al-Ahzab ayat 21:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].

Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. Jangan lupa sharekan kepada rakan-rakan anda diluar sana ramai yang belum tahu akan ini.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Copyright © 2010-2012 | UniKL Bloggers | All Right Reserved | Developed by UBTeamz